You are currently viewing IPO Insights: Swift Haulage Berhad

IPO Insights: Swift Haulage Berhad

Nama Syarikat: Swift Haulage Berhad (Swift)

Laman Webhttps://www.swiftlogistics.com.my/

Tarikh Tutup Permohonan: 30 November 2021

Tarikh Penyenaraian: 21 Disember 2021

Harga Tawaran: RM1.03

Pasaran: Paparan Utama Bursa Malaysia

Bank Penasihat: MIDF Amanah Investment Bank Berhad

Status Shariah: Diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti

Rujukan: Prospektus IPO Swift Haulage Berhad

Latar Belakang:

Swift Haulage Berhad merupakan penyedia logistik bersepadu yang berkembang pesat di Malaysia sebagai syarikat pengangkutan terunggul di semua pelabuhan utama di Semenanjung Malaysia dari segi jumlah unit setara dua puluh kaki (TEU). Syarikat ini menawarkan penyelesaian logistik mulai dari pengangkutan kontena, pengangkutan darat, pergudangan dan depot kontena, dan juga perkhidmatan penghantaran barang. Swift Haulage Berhad adalah pemegang lesen Multimodal Transport Operator (MTO) dan PETRONAS.

Operasi Swift Haulage Berhad di Malaysia dan Thailand terdiri daripada 1,445 penggerak utama, 5,585 kontena dan 698 trelar kargo, 22 trak dan 42 kapal tangki CNG. Perkhidmatan pergudangan mereka menyediakan kemudahan penyimpanan kolektif dengan kapasiti ruang 952,871 kaki persegi (dimiliki dan disewa) dan depot kontena dengan kapasiti kolektif 28,500 TEU.

Model Bisnes

image

Tentatif Penyenaraian

image

Penawaran Unit IPO

Keseluruhan 314,142,900 unit saham akan ditawarkan melalui IPO. Peruntukan tersebut merangkumi 275,209,400 unit saham (30.93%) akan ditawarkan kepada institusi awam, merangkumi 157,000,000 unit saham (17.64%) kepada pelabur institusi yang terpilih dan 118,209,400 unit saham (13.29%) kepada institusi Malaysia dan pelabur bumiputera terpilih yang diluluskan oleh MITI. Penawaran awam pula melibatkan 38,933,500 (4.37%) akan ditawarkan, merangkumi 21,137,300 unit saham (2.37%) kepada individu yang layak dan sebanyak 17,796,200 unit saham (2.00%) akan ditawarkan kepada pelabur runcit. Keseluruhan unit saham yang ditawarkan dalam penyenaraian IPO akan meletakkan Swift Haulage Berhad pada keseluruhan Market Capitalization yang dianggarkan pada RM916.5 juta.

Manfaat Prosiding IPO

Hasil terkumpul yang dianggarkan sebanyak RM161.857 juta daripada terbitan awam IPO akan digunakan merangkumi RM28.565 juta (50.7%) bagi pembinaan gudang, pembelian tanah dan pembelian penggerak utama, RM69.732 juta (43.1%) untuk bayaran balik pinjaman dan RM10 juta (6.2%) untuk kos penyenaraian.

image

Sponsored Content

Laporan Kewangan

image
image
image

Swift telah mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM 555.8 juta bagi tahun berakhir 2020, menurun berbanding tahun sebelumnya pada RM610.2 juta. Hasil pendapatan tersebut tertumpu kepada bisnes pengangkutan kontena yang menyumbang kepada 45.5% daripada keseluruhan pendapatan. Dari segi geografi pula, kebanyakan hasil pendapatan Swift didominasi oleh pasaran tempatan yang merangkumi 96.8% berbanding negara luar seperti Thailand dan negara lain.

Peers Comparison

image

Prospek dan Risiko Swift Haulage Berhad

  • Penyedia perkhidmatan logistik bergantung kepada aktiviti ekonomi di peringkat domestik dan global yang mendorong kepada permintaan untuk perkhidmatan logistik. Pemulihan ekonomi pada tahun 2021 akan mendorong kepada pertumbuhan industri logistik.
  • Industri pembuatan adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan industri logistic. Industri pembuatan memerlukan perkhidmatan penyimpanan dan pengangkutan yang berkait rapat dengan import dan eksport. Jangkaan KDNK industri pembuatan dijangka akan mengembang sebanyak 8.1% pada suku ketiga 2021 dan 4.7% pada 2022 yang akan memacu industri logistik secara tidak langsung.
image
  • Mempunyai liputan menyeluruh bagi servis pengangkutan kontena pelabuhan utama Semenanjung Malaysia
  • Swift mempunyai pricing dan service power daripada perkhidmatan sokongan dalaman.

Sponsored Content

Penafian

Maklumat yang terdapat dalam artikel / analisis / laporan ini hanya untuk tujuan perkongsian dan pendidikan. Ini bukan cadangan untuk membeli atau menjual saham, sekuriti atau instrumen lain yang disebutkan; juga tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional untuk membeli, menjual, atau mengambil kedudukan dalam saham, sekuriti, atau instrumen lain. Sekiranya anda memerlukan nasihat pelaburan khusus, sila dapatkan nasihat pelaburan profesional. Penulis menolak sebarang tanggungjawab atas keuntungan atau kerugian yang timbul secara langsung dan tidak langsung daripada kandungan artikel / analisis / laporan.

Source

Leave a Reply